Kesabaran yang paling penting apabila bersama dengan anak-anak. Hal inilah yang agak sukar untuk dipertahankan apabila berurusan dengan anak-anak.
Kadang-kadang mereka bertelagah kerana saling berebut untuk bercerita kepada ayah dan emak. Ada masanya mereka berebut tempat duduk depan di sebelah pemandu. Ada kalanya mereka bergaduh pasal perkara yang tidak logik bagi kita seorang dewasa.
Yang paling penting, kita sentiasa perlu berdoa supaya diberikan kesabaran kerana kita berurusan dengan anak-anak kecil yang masih memerlukan banyak bimbingan dan perhatian
Banyak masa kita bertanya, kenapa sikap mereka begitu dan begini? Sebenarnya sebahagian besar daripada sikap mereka sama ada kita sedar atau tidak, mereka belajar daripada kita dari segi percakapan mahupun tindakan kita terhadap sesuatu perkara.
"Wahai Tuhan kami, berikan kepada kami kesabaran yang banyak dan matikan kami dalam agama Islam."
Translate
Thursday, June 15, 2017
Kesabaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment