"Uar-uarkan tu apa?" tanya Adik. Jawab Achik, "Sebarkan." Ayah pula jawab, "Hebahkan, bagi tahu orang lain."
Sudah banyak kali kami tengok Gerobok Rezeki, Upin Ipin di Astro. Itu yang Abang Izz beritahu supaya diuarkan-uarkan tentang Program Gerobok Rezeki kepada orang ramai. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan menguar-uarkan sebagai meneriak-neriakkan sesuatu untuk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dengan suara yang kuat. Maksud keduanya pula ialah menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll). Ada lagi satu perkataan yang berkaitan, iaitu wara-wara yang bermaksud pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan. Perkara dan peristiwa diuar-uarkan dan ditularkan dalam media sosial sudah menjadi trend global pada saat ini.
Yang sudah terang lagi bersuluh, menguar-uarkan yang benar dan perkara baik itulah yang sebaik-baiknya dan tak pasti jangan kongsi. Apa-apa yang kita uarkan diharapkan dapat membantu menambah nilai diri orang lain, begitu jua sebaliknya.
Translate
Friday, October 9, 2026
Uar-uar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lebih
Perahu sudah di air, pengayuh sudah di tangan, setelah bersedia, hari ini anak-anak memulakan ujian bertulis SPM, dimulai Ujian Mendengar Ba...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment