Translate

Wednesday, March 25, 2026

Warna-warni

Syawal kelima, ada yang sudah bekerja, ada yang baru bercuti raya, ada yang masih beraya dan ada yang kembali berpuasa.
        Syawal menemukan kita tatkala kita beraya, ada yang menyambut sekali dengan kenduri-kendara di samping meraikan hari bahagia. Kunjung-mengunjungi menghidupkan suasana, berkongsi makanan dan bertanya khabar, semuanya menjadikan Aidilfitri sangat bermakna. Dugaannya tetap ada seperti  panas lit-lit yang melanda dan ujian-ujian yang tak terduga. Perang masih berlarutan, diharapkan ada titik noktah kerana kebenaran sudah jelas dan musuh Islam itu buta zahir dan batinnya. Keamanan itulah yang kita harapkan dan Syawal ini syukur kita titipkan walau di dalam kesesakan lalu lintas, kita masih boleh pulang ke kampung, masih boleh beraya dan masih boleh pulang bekerja.
        Alhamdulillah, Aidilfitri yang berwarna-warni masih boleh kita raikan bersama.  Syukur itu harus sentiasa ada kerana kita masih punya kesempatan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengambil berat akan diri kita pada Syawal indah ini.


1 comment:

Warisan Petani said...

Salam lebaran
Maaf zahir dan batin

Warna-warni

Syawal kelima, ada yang sudah bekerja, ada yang baru bercuti raya, ada yang masih beraya dan ada yang kembali berpuasa.         Syawal mene...