Translate

Monday, March 9, 2026

Suara Tanpa Bicara

Ada masanya kita menyimpan senyuman dan ada masanya kita melepaskan senyuman. Senyuman boleh ditakrifkan dengan pelbagai maksud.
      Ada yang sangat pemurah — sentiasa menjungkitkan bibir melepaskan senyuman untuk sesiapa saja. Ada yang sangat kedekut dengan senyuman sehingga dilihat sentiasa masam catung.
Ada yang memilih-milih senyuman untuk diberikan pada waktu yang sesuai dan senyuman itu satu tugas. Ada juga yang melepaskan senyuman sebab ada makna seperti kata Pak Ali, "Baik ada makna tu." Ada juga yang melepaskan senyuman kerana tidak sengaja dan tatkala berasa teruja. Kadang-kadang ada juga yang melepaskan senyuman ketika melihat diri sendiri di cermin atau melihat diri sendiri dulu dan sekarang. Ada juga yang melepaskan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.
       Senyumlah untuk menggembirakan diri sendiri dan orang lain selagi mampu dan ketika perlu kerana senyuman itu suara tanpa bicara yang memberi makna dan kesan.

No comments:

Suara Tanpa Bicara

Ada masanya kita menyimpan senyuman dan ada masanya kita melepaskan senyuman. Senyuman boleh ditakrifkan dengan pelbagai maksud.       Ada y...