Bulan Merdeka, setiap tahun bersemarak. Semarak merdeka boleh dilihat di mana-mana kerana merdeka itu aman dan nyaman.
Aman dan nyaman hanya bagi yang benar-benar menghargai merdeka. Anak-anak yang didekatkan dengan merdeka sejak kecil akan merdeka jiwanya dan jiwa yang merdeka hanya mahu aman dan nyaman bukannya pergolakan. Tetes peluh penat lelah nenek moyang dan darah pejuang yang tumpah mempertahankan tanah tumpah darah hanyalah untuk agama, bangsa dan tanah air. Wajiblah diingati dan disemarakkan kata-kata pahlawan tanah air, Mat Kilau, " Jaga agama, jaga bangsa, jaga negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara!"
Merdeka itu maruah. Hanya yang merdeka jiwa dan bermaruah mahu terus aman dan nyaman. Aman dan nyaman itu hanya pada yang waras kerana hanya yang waras pasti punya maruah! Yang waras itu waris Bumi Merdeka!
No comments:
Post a Comment