Sengaja hari ini
menikmati sedikit pahit
tiada berkacau manis
bertamu di Tamu Muhibbah
seekor kucing dalam kesibukan
menarik mata si anak kecil
berbanding dewasa yang
menumpahkan perhati pada
hijau tarap dan terubuk masin.
Petang semalam
di Grand Old Lady
hujan menyapa tiba raja sehari
dan juadah malam riuh menanti
mi kolok dan teh c peng
di Bandar Kuda Laut.
Semalam dan hari ini
mengikat hati-hati
dalam rintik masih menari.
15 September 2025
Miri
No comments:
Post a Comment