Translate

Friday, September 5, 2025

Perjuangan

Semalam, Jumaaat 12 Rabiulawal 1447 Hijrah bersamaan 5 September 2025, kita meraikan kelahiran Baginda Rasulullah SAW.
       Kata Ustaz, dalam kita meraikan kelahiran Baginda Rasulullah SAW, kita juga mengingati kewafatan Baginda Rasulullah pada tarikh yang sama. Dengan berselawat, kita sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW dan semalam juga kami berkumpul, kemudian berarak sambil berselawat  mengelilingi taman perumahan berhampiran dan berakhir di masjid. Nabi Muhammad SAW contoh yang terbaik untuk kita dalam segala aspek dan perjuangannya ini disambung oleh umatnya, iaitu kita.  Saat ini pula kita sedang melihat sebahagian daripada kita, sedang berjuang untuk Palestin, berlainan bangsa, ada juga berlainan agama tetap bersatu hati dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. Sama-samalah kita mendoakan!
        Akhirnya, marilah kita sama-sama terus berselawat, terus menghayati sirah Nabi, menghidupkan sunah dan meneruskan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Maka, menjadi tugas kita untuk mengambil teladan yang telah ditinggalkan Nabi Muhammad SAW dan meneruskan segala perjuangan dengan menggunakan setinggi-tinggi kemampuan yang kita ada dengan cara terbaik, Insya-Allah.


No comments:

Sajak — Malam Tujuh Sebelas

Malam tujuh sebelas temu pisah lumrah hikmah dalam kalimah basah hujan mencurah memekar bunga hidup indah warna-warni hati bertaut syukur sa...