Hari ini Isnin, 27 Mei 2024, hari ketiga cuti sekolah, sudah lari debaran bagi yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, begitu juga bagi keluarga murid dan cikgu yang mengajar.
Hari semalam, sudah terbit hari ini dalam fikiran, libang-libu pun memainkan peranan, walau bermacam-macam yang berterbangan di fikiran, mengharapkan yang baik-baik dan apa-apa pun yang berlaku, pasti ada kebaikan di dalamnya, Insya-Allah. Hari ini telah pun datang, hari ini bukanlah hasil usaha satu hari, hasil usaha bertahun-tahun lamanya, sedar atau tidak sedar kita telah membikinnya sejak sekian lama. Lama yang kita kerjakan, bermula dengan niat dan disudahkan oleh kemahuan, itulah yang kita perlu terima dengan rasional kerana ada jalan baharu yang telah menanti dan terbuka luas untuk kita.
Dengan adanya kemahuan, bunga harapan itu akan sentiasa mekar, tidak kira di mana-mana pun. Kemahuan itu akan tetap membawa kita ke mana-mana saja jalan yang kita hajatkan. Yang penting, teruskan perjalanan walau apa-apa pun yang berlaku, kita mesti terus melangkah untuk niat yang baharu atau niat yang telah ada. Tahniah untuk semua, tetaplah Hidup Berjasa!
Translate
Monday, May 27, 2024
Terus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasti Menyegarkan
Ayah tak banyak pengalaman turun ke jalanan. Membaca Anekdot Jalanan akan membawa kita kepada realiti yang sebenar yang ada di sekeliling ki...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment