Rabu, 22 Mei 2024, Cuti Hari Wesak dan Hari Hol Negeri Pahang, di belakang dapur, bunga liar galak berkembang. Sabtu lepas,18 Mei 2024, KOSAS berlangsung dengan limpahan semangat. Isnin, 20 Mei 2024 pula, Sambutan Hari Guru disambut dengan limpahan keriangan dan kemeriahan, Alhamdulillah.
Bermain atau bersukan akan mencipta keriangan dan kemeriahan, dapat dilihat semangat yang membuak-buak, begitulah yang dapat direnung pada diri anak-anak. Sabtu yang riuh-rendah dengan sorakan sebagai tanda sokongan, juga dihadiri mak ayah, masing-masing kegirangan mengejar kemenangan. Isnin, kemeriahan beralih arah, cikgu-cikgu pula yang bermain, sukaneka, memancing, meneka guru dan ada juga yang ditutup mata. Melibatkan permainan, anak-anak juga begitu kreatif dan bersungguh-sungguh, berehat sebentar sebelum kembali belajar, meredakan tekanan yang ada untuk kembali segar dan ceria.
Di luar kelas atau di dalam kelas, tetaplah anak-anak belajar, menimba sebanyak mungkin pengalaman, belajar membuat keputusan, belajar mengurus masa, melatih komunikasi dan membina keyakinan diri. Cikgu-Cikgu dan mak ayah sebagai guru pertama, menjadi acuan yang penting sebagaimana peribahasa Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Terima kasih Cikgu!
Translate
Tuesday, May 21, 2024
Terima Kasih Cikgu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasti Menyegarkan
Ayah tak banyak pengalaman turun ke jalanan. Membaca Anekdot Jalanan akan membawa kita kepada realiti yang sebenar yang ada di sekeliling ki...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment