Raya belum habis, anak-anak gembira banyak makanan, warna-warni menghiasi, syukur harus sentiasa.
Malam sebelum hari kejadian, Ayah bawa anak-anak tengok persiapan di dewan, siangnya, Cikgu Din dan anak-anak sudah mendirikan khemah, ya, segalanya itu memberi pengalaman kerana sekarang anak-anak banyak yang tinggal di taman, tak lagi menikmati pengalaman kenduri seperti di kampung, mendirikan khemah, bertugas di khemah mengangkut pinggan atau basuh pinggan mangkuk sebab sekarang sudah berubah, semua diuruskan dan diserah kepada katering, kenduri pun banyak di dewan. Jadi inilah masanya untuk keluar peluh, belajar pasang khemah dan lain-lain. Setiap rumah dapat satu tapak untuk menghidangkan makanan yang berbeza dan menghias terlebih dahulu itu pasti, menggantung ketupat reben mengikut warna rumah dan juga kad raya yang dibuat sendiri. Dulu-dulu gantung saja kad raya yang kenalan hantar, sekarang semua kad di alam maya, anak-anak kecil pun dah tak kenal sangat kad raya.
Meraikan yang datang, meraikan anak-anak yang dekat dan berjauhan daripada keluarga sempena Syawal yang masih ada mengundang keakraban. Dalam kita meraikan, jangan dilupakan yang memerlukan, bantulah mengikut kemampuan kerana kita lebih kuat tatkala bersama dan bekerjasama.
Translate
Tuesday, April 30, 2024
Kuat
Saturday, April 27, 2024
Kesan
Tuesday, April 23, 2024
Saat Hati Sedang Memandu
Mentari menyala di pucuk kayu
di bawah awan putih biru kelabu
ingin kutangkap saat indah
saat hati sedang memandu
kuabaikan kalbu merayu
kunikmati sesekali berpaling
nikmat yang kita rasa bersama
dalam kabus masih bersisa
di hujung ranting mati
hutan paya yang terbakar
hijau kembali.
Jalan Pekan-Kuantan
23 April 2024
Khairul Hakimi Mansor
Sunday, April 21, 2024
Renung
Thursday, April 11, 2024
Salam Aidilfitri
"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-galanya jika kita menonton Iklan RHB Raya 2024 yang berdasarkan kisah benar.
Semalam menghampiri Maghrib, Baba suruh Ayah tengok di Astro Awani, temu bual dengan Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar tentang kisah yang telah berlaku. Banyak perkara yang tak terduga dalam kehidupan. Jika diteliti dalam kehidupan, memang banyak momen kecil yang sebenarnya begitu besar dalam ingatan kita. Momen itu tentulah tak sama bagi kita tetapi momen itulah yang mengeratkan ukhuwah antara kita semua. Pada mata kita mungkin momen itu biasa-biasa, tapi bagi orang lain momen itu cukup besar dan mampu mengubah kehidupan.
Tolonglah yang lain selagi kita mampu, kecil atau besar itu usahlah diukur kerana pertolongan itu mampu membuatkan keadaan menjadi lebih baik, Insya-Allah. Di Aidilfitri ini, banyak yang kita boleh lakukan, berikanlah pertolongan, kurangkanlah beban dan eratkanlah hubungan. Salam Aidilfitri.
Tuesday, April 9, 2024
Doa
Sunday, April 7, 2024
Renungkan
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...