Translate
Wednesday, February 28, 2024
Syukur
Saturday, February 17, 2024
Tumbuh
Wednesday, February 14, 2024
Bangga
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang,
Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Memetik sedikit lirik lagu yang berkesan di hati Ayah, mungkin di hati yang lain juga, yang membesar dengan lagu ini.
Perang masih berlarutan di Palestin, angkara penjajah durjana. Mulanya datang mohon belas kasihan untuk menumpang, akhirnya naik tocang dan melampaui batas perikemanusiaan. Sampai saat ini, setiap hari ada rakyat Palestin yang dibunuh oleh yang asalnya datang menumpang. Yang di luar sentiasa mencari jalan untuk mengancam keharmonian, yang di dalam tak seharus bersekongkol kerana banyak tamadun yang runtuh bermula dari dalam. Di sepanjang sejarah tamadun, pengkhianatan sentiasa terjadi, bangsa yang tak henti bersengketa akhirnya punah.
Tak ada belas kasihan bagi yang menjajah. Yang benar-benar mencintai tanah air, akan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi, bangga menguasai bahasa Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu, sentiasa mencari jalan untuk berganding bahu dan bersatu padu serta menghormati antara satu dengan yang lain.
Tuesday, February 13, 2024
Rindu
Pagi tadi, Ayah sempat tengok sekejap di Tik Tok Linda Onn, temu bual di Bernama Radio bersama dengan Linda Onn, Halim Othman dan Krill Rashid.
Hari ini 13 Februari, Hari Radio Sedunia. Awal-awal dulu layan Best 104, waktu itu slogannya Sensasi Selatan. Apabila muncul Era, Era Rentak Muzik Terkini, memang suka dengar celotehan Linda Onn dan Halim Othman. Membesar dengan lagu-lagu di radio, sambil kemas rumah Opah, sambil dengar lagu waktu hari cuti. Masa darjah 5 pergi rombongan ke Kuantan, salah satu tempat lawatannya RTM Kuantan. Masih ingat waktu itu sedang berlangsung segmen yang dikendalikan Adnan Majid. Antara segmen petang paling disukai yang dikendalikan Aki, banyak pendengar yang dia kenal dan pernah sekali dia beritahu dia singgah makan di kedai pendengar yang sering menelefonnya dan pendengar tersebut tak tahu pun itu dia.
Tetap masih terkesan dengan DJ zaman waktu masih belajar dan membesar, rindu dilepaskan dengan mendengar dan menonton mereka bersiaran langsung di Tik Tok. Radio tetap relevan, masih jadi medium menyampaikan maklumat penting dan penghubung silaturahim.
Sunday, February 11, 2024
Mutiara
Saturday, February 10, 2024
Bahagia
Friday, February 9, 2024
Pantun Melayu
Wednesday, February 7, 2024
Pantun Melayu
Bubur bukan sebarang bubur,
Bubur Asyura dimakan bersama;
Jasa Cikgu hidup menyubur,
Dalam doa sentiasa berserta.
Tuesday, February 6, 2024
Pantun Melayu
Monday, February 5, 2024
Pantun Melayu
Friday, February 2, 2024
Ambil
30 Januari 2024, bermula ujian menulis, bermula dengan senyuman, Alhamdulillah. Diharapkan berakhir pun dengan senyuman dan kegembiraan sampai penghabisnya.
Selasa yang indah, Selasa yang menguji anak-anak, namun ketenangan haruslah sentiasa berdamping. Sokongan sentiasa ada, yang dekat, yang jauh dan berkelapangan mengiringi dengan doa dan kata-kata semangat. Kita tak tahu di mana pengakhirannya dan yang sedang kita lalui sekarang perlu kita hadap dengan segala persediaan yang sepatutnya. Di saat anak-anak sedang berjuang, ada anak-anak yang sedang bersedia, menanti untuk melambai di sepanjang jalan, lambaian kasih, menunggu Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sabtu, meriah di Majlis Bandar Raya Kuantan. 3 Februari 2024, malam ini ada acara kemuncak Karnival Rakyat Pahang sempena Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seminggu yang panjang seharusnya diserikan dengan banyak senyuman. Banyak yang berlaku, banyak yang perlu direnungkan, banyak yang perlu diambil kisah kerana pelajaran tentang kehidupan berlegar-legar di sekeliling kita dan jangan biarkannya melambai pergi.
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...