Saat ini kita masih boleh bangun awal pagi, segar dan ceria serta bebas ke mana-mana untuk melakukan apa-apa saja sedangkan saudara-saudara seagama kita di Palestin bermandi darah.
Di samping kita melakukan tugas-tugas seharian, menyambut Hari Sukan Negara dan sebagainya, kita perlu ambil kisah dan ambil berat pasal Palestin walaupun kita jauh.
Menjadi tugas kita semua berdoa untuk Palestin dan memceritakan kisah Palestin kepada anak-anak kita supaya mereka celik tentang Palestin. Anak-anak mesti tahu dan mesti diberitahu tentang perkara yang sebenar supaya mereka sedar bahawa Palestin telah dijajah lebih daripada 75 tahun, setiap hari ada yang diserang, ada yang dibunuh tidak kira siapa-siapa dan segala macam penindasan dan kezaliman dilakukan rejim Zionis.
Syukur dan doa mesti bersama dengan kita pada setiap masa kerana negara kita masih aman dan mesti kita pertahankan bersama. Dalam masa yang sama, ingatlah bahawa umat Islam bersaudara tidak mengira bangsa, merentas sempadan negara dan kita perlu membantu Palestin dengan sedaya upaya mengikut kemampuan yang kita ada.
No comments:
Post a Comment