Translate

Monday, June 12, 2023

Kaupuisi Hidup

Aku mempuisikan dirimu
kerana engkau sebuah puisi hidup
kaki kecilmu yang melangkah laju
selalu tahu hala tuju
adakalanya tersandung
pantas kaubangun
menepuk seluar yang kotor carik
lutut yang tergores bergaris
kautahankan rasa pedih
kautetap terus berlari lagi
mengejar buih-buih sabun
buat kauriang buat kauterhibur
walau kautahu hadirnya
hanya beberapa saat
tapi gembiramu tetap beribu
kerana kaupuisi hidup
yang tahu menghargai setiap saat
yang muncul walau hanya sekejap.


Kongsi

Pelangi petang muncul setelah ayah balik kerja diiringi titisan hujan. Bermula Hari Guru sehingga tiba hari sambutannya, banyak benar warna ...