Saat ini, hiruk-pikuk masih berterusan di hadapan Jawad Al Taj Hotel.
Yang berbaju hijau biru setia menjalankan tugas berbekalkan penyapu dan penyodok sampah. Ada yang sedang duduk berborak sambil makan, bertali arus manusia melangkah, begitu juga dengan bunyi hon kenderaan silih berganti dan berlaga-laga. Beg penuh di depan hotel, di sebelah Ministry of Haji and Umrah, ada stesen bas kecil yang dipenuhi orang. Yang berpakaian ihram, yang berjubah hitam, yang berkopiah beraneka jenis dan warna serta wajah-wajah dari serata negara boleh dilihat berganti-ganti, ada berkumpulan, ada sendiri-sendiri. Yang menjunjung sekotak kurma meletakkan di pinggir jalan dan bersandar pada dinding meregangkan tangan. Kelihatan anak kecil berpimpin tangan, ada yang duduk di atas leher dan seorang lelaki membawa sekotak kurma pada tangan menyuakan kepada yang lalu-lalang.
Bagasi satu demi satu disumbat ke dalam mulut tempat beg bas yang menunggu bagai singa mengaum yang kelaparan. Sudah berhenti agak lama, perjalanan perlu diteruskan. Dalam kehidupan, banyak perhentiannya, jangan lupa, ada perhentian yang sentiasa menyeru dan menunggu kita, Alhamdulillah.
Translate
Friday, February 24, 2023
Tunggu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment