Suasana yang berbeza walau di negara yang sama. Begitulah menurut kehendak-Nya, kita perlu menghadapinya.
Sejuk dan dingin memamah sedikit demi sedikit, bermula dengan kulit, daging dan terus ke tulang, itu di Madinah. Kata Ustaz, "Kena sabar." Pakai empat lapis baju pun masih terasa sejuk, itu Ayah. Sejuknya rasa lain macam, ditambah pula tatkala air menyentuh kulit, wow! Walau dalam dingin, walau dalam hembus angin, jemaah berpusu-pusu ke Masjid Nabi tak kira siang dan malam. Merpati yang banyak, menarik perhatian pejalan-pejalan kaki dalam perjalanan, tambah-tambah lagi anak-anak. Di Makkah, lain pula, selapis memadai, Alhamdulillah dan setakat ini Ayah tidak membalut muka kerana kesejukan. Sejuk rezeki, panas pun rezeki. Di Madinah kita menjadi jiran Rasulullah SAW dan setiap hari kita dekatnya, Alhamdulillah. Di Makkah kita dapat menatap Rumah Allah SWT, Kaabah yang menjadi kiblat kita, yang sentiasa dekat di hati, pandang pun dapat pahala.
Rezeki pun boleh jadi ujian. Cuaca dan manusia sering menguji, di mana-mana pun kita berada. Namun, dekatnya diri kita dengan Allah SWT dan kekasih-Nya, Rasulullah SAW mampu membantu kita menghadapi segala-galanya, Insya-Allah.
Translate
Tuesday, February 21, 2023
Dekat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment