Membaca untuk tahu bagi Ayah sesuatu yang menyeronokkan.
Banyak perkara yang kita tak tahu sebenarnya, terlalu banyak! Dalam filem 'Night at The Museum: Battle of Smithsonian', ada watak Amelia Earhart. Di Malaysia pun ada Amelia Earhart. Jika ke Taiping, beliau dapat dilihat pada dinding sebuah premis di Jalan Abdul Jalil, mural ini diiktiraf sebagai lukisan luaran 3D terbesar Malaysia Book of Records (MBOR)(Berita Harian, 29 Disember 2019).
Juruterbang wanita pertama dunia ini pernah mendarat di Lapangan Terbang Tekah di Taiping (lapangan terbang pertama dibina secara rasmi di Malaysia, juga di Asia Tenggara) pada 7 Jun 1937
untuk mengisi minyak sewaktu membuat penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik (Utusan Malaysia, 11 September 2020).
No comments:
Post a Comment