Translate

Friday, May 18, 2018

Melengkapi

Sebenarnya, kita dikurniakan kecenderungan yang berbeza. Tidak perlu pergi jauh, perhatikan orang di kiri dan di kanan kita atau ahli keluarga kita.
      Kecenderungan atau minat terhadap sesuatu itu sebenarnya itu saling melengkapi. Tidak perlulah melabelkan diri kita atau orang lain bodoh, lemah, tidak cemerlang atau sebagainya. Jangan lupa juga bahawa potensi atau minat boleh digilap atau dibentuk.
      Jadi, kita sebagai ayah, emak, guru, majikan, pemimpin dan lain-lain perlu memberi peluang dan pengalaman supaya anak-anak kita atau sesiapa sahaja dapat mengoptimumkan minat atau kemahiran  yang mereka ada untuk menjayakan sesuatu perkara.
       Huru-haralah berlakunya dan tidak patutlah jika ikan disuruh panjat pokok kelapa.

3 comments:

mek yunie said...

betul betul. sebab kalau semua pandai menulis, sapa pulak nk mengira. gituu

Nila Anggraini said...

betul sangat, berka peluang kerana mungkin akan jadi lebih baik

khairul hakimi mansor said...

Raikan perbezaan kata ustaz

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...