Anak-anak ayah sudah ada yang kenal bendera parti politik.
Ayah menjelaskan satu-persatu tentang bendera yang berkibaran di sepanjang perjalanan apabila ditanya mereka. Alangkah begitu indahnya kalau bendera Malaysia yang berkibaran di sepanjang jalan. Kitakan rakyat Malaysia. Pada kereta ayah ada juga bendera Malaysia tetapi tidak pernah berkibar. Akhirnya, anak-anak ayah tanya ayah, ayah undi apa? Ayah cakap undi adalah rahsia. Mereka ingin tahu juga.
Itulah anak-anak, semangat mereka berkobar-kobar dan sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Mungkin lebih tinggi daripada mana-mana bendera parti politik yang berkibar.
Translate
Sunday, May 6, 2018
Kobar Kibar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kongsi
Semalam 10 Disember 2025 , soalan Biologi dijawab anak-anak. Minggu depan ialah minggu terakhir untuk anak-anak bersama-sama menjawab soalan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Sireh pinang di dalam puan, Untuk hidangan putera perkasa, Selamat jalan duhai pahlawan, Tabah hatimu semangat waja. Ini sebahagian lirik Si...
2 comments:
ayah undi untuk malaysia. ahahah
budak-budak memang selalu curious. and i wish mereka dapat benda2 positif sepanjang PRU ni dan bukan benda negatif.
Post a Comment