Kepakaran ayah menangkap hati, eh, menangkap anak. Menangkap hati sebenarnya kepakaran umi.
Salah perkara yang menjadi isu pada waktu pagi ialah tidak mahu mandi. Apabila anak tidak mahu mandi, ayah pun memujuk, tetapi tidak dapat menangkap hatinya. Ayah tinggalkannya dahulu, ayah pun mendukung achik. Achik sudah lama tidak 'basah', baju batik ayah sudah hancing. Ayah meletakkan achik semula. Ayah menangkapnya, masuk ke bilik air setelah bergelut untuk membuka pakaian. Waktu menyeterika baju yang lain, ayah pasang telinga.
Umi memujuknya untuk memakaikan pakaian. Semalam umi buka cerita pasal doktor gigi yang akan datang ke sekolahnya dan dia sejak waktu malam bersedia dengan kole plastik, berus gigi dan ubat gigi. Pagi ini pula umi cerita pasal jagung. Abang sudah dua hari cerita pasal resepi jagung rebus dalam buku yang dibacanya.
Cerita umi pasal jagung menangkap hatinya dan sudah tentu umi berjaya memujuknya. Sekali lagi sampai di sekolah, ayah menangkapnya dan menggendong ke dalam kelas.
Translate
Wednesday, May 23, 2018
Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
2 comments:
hehe. memang berperang eyh kalau nak mandi. ank mek kadang kadang berperang jugak. riuh rumah dibuatnya.
Ribut...
Post a Comment