Semalam kami ke bukit, hari ini kami ke paya.
Dalam perjalanan ke Paya Bungor, kami melalui Pekan Gambang yang di kiri kanan terdapat bangunan kayu seperti mana Pekan Lanchang juga.
Di sebelah kanan jalan menghala ke Paya Bungor juga ayah dapat melihat kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur.
Pekan dan lebuh raya mengingatkan ayah kepada filem 'Cars'. Pekan Radiator Springs sunyi daripada pengunjung setelah ada lebuh raya baharu. Di sinilah bertemunya Lightning McQueen dengan Doc Hudson, Sally, Mater dan yang lain-lain.
Namun, pekan ini masih meriah kerana untuk ke Bukit Gambang Resort City, Agro Semuji, Kolej Matrikulasi Gambang, Air Terjun Jerangkang dan yang lain-lain boleh melalui jalan ini.
Bagi penggemar durian, di tepi-tepi jalan ada penjualnya dan harganya berapa? Kenalah berhenti dan tanya. Jangan lupa bawa payung, sekarang musim hujan.
Translate
Sunday, December 3, 2017
Paya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
1 comment:
Angkat hujan jemuran dah turun
Post a Comment