Biasanya kami kayuh di kawasan rumah sahaja. Ayah bawa dan membonceng di belakang ayah, angah dan achik. Along naik basikal juga.
Hari ini pula kami mengayuh basikal yang boleh memuatkan empat orang. Terlajak jugalah ke tepi jalan yang berlumpur. Ayah cakap along perlu makan banyak baru cepat jadi besar. Baru boleh duduk sambil kayuh basikal, taklah kayuh sambil berdiri. Angah cakap kalau makan banyak jadi gemuk. Nak tinggi kena banyak minum air. Ayah pun gelak dan mengiyakan sahaja.
Jom mengayuh di Serambi Teruntum!
Translate
Saturday, December 30, 2017
Kayuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntut
Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu. Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment