Apabila balik ke rumah pada waktu petang, masing-masing kalut meluru masuk ke rumah. Bukan sahaja anak-anak emak dan ayah pun begitu.
Pernah sekali, pintu kereta bahagian belakang terbuka, apabila lampu luar di buka, baru perasan pintu tidak ditutup. Satu hari, ayah lupa menutup tingkap kereta. Esok paginya apabila buka pintu kereta, nyamuk sudah berkampung di dalamnya.
Petang semalam, turun daripada kereta, ayah menuang makanan kucing. Dengar sahaja bunyi plastik, ibu kucing beranak satu sudah sampai. Kemudian, dia pergi entah ke mana-mana, tidak ada pula.
Sebelum masuk ke rumah, ayah tutup pintu kereta. Selepas maghrib, ayah, along dan angah keluar dari rumah untuk ke kedai. Sebaik sahaja ayah membuka pintu pagar, ada sesuatu yang melompat di atas kerusi di dalam kereta.
Alhamdulillah, akhir ayah temui juga ibu kucing beranak satu. Rupa-rupanya dia masuk bermain di dalam Alza. Ayah dan anak-anak mahu naik Myvi.
Nampaknya, selepas ini wajib menjenguk ke dalam kereta untuk memastikan tiada makhluk bernyawa yang bermain atau menyorok di dalamnya.
Translate
Thursday, April 20, 2017
Tutup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Israk Mikraj 1446H
Jom banyakkan berselawat!
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment