Ada jemputan kenduri kahwin, itu bermakna pada hari cuti. Kalau dahulu, kenduri kahwin pada waktu cuti sekolah yang panjang sahaja tetapi sekarang, sabtu dan ahad pun ada.
Ada yang suka buat kenduri di rumah dan ada yang buat di dewan. Anak-anaklah yang paling suka apabila di dewan, ayah dan emak jenuh nak mengawal.
Sudah jarang ada bunga telur untuk tetamu. Merujuk www.pesonapengantin.my, pemberian bunga telur pada majlis perkahwinan orang Melayu dikatakan sebagai simbol kesuburan.
Tetamu yang menerima bunga telur, diharapkan akan bersama-sama mendoakan pasangan pengantin supaya dikurniakan zuriat, memandangkan kehidupan manusia bermula daripada persenyawaan benih telur.
Apa-apa pun, selamat ke kenduri.
Translate
Saturday, April 22, 2017
Telur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
1 comment:
Tapi sekarang ni dah jarang dah dapat telur selalu dapat keropok2 macamtu hehe.
Kalau ada pun tuan rumah masak sikit ja
Post a Comment