Sewaktu kami hendak ke klinik, kami melalui kedai gunting rambut. Hari itu ayah bawa adik lepas balik dari tempat kerja, tiga kedai gunting rambut tutup.
Selepas hantar emak ke klinik, kami berempat ke kedai gunting rambut. Belum sempat ayah masuk ke kedai, adik yang didukung ayah sudah meronta. Ayah mengambil tempat duduk dan dia menarik tangan ayah berkali-kali mengajak keluar.
Mula-mula ayah letak dia atas kerusi yang sudah ditambah kusyennya, dia bingkas tidak mahu duduk. Akhirnya, ayah duduk sambil peluk dia erat-erat supaya dia tidak meronta-ronta.
Dia menangis. Penggunting rambut berbangsa India mengeluarkan bunyi daripada mulutnya untuk meredakan adik. Dalam keadaan menangis, rambut adik berjaya digunting.
Tiba-tiba ayah teringat cerita Edward Scissorhands (1990), lakonan Johnny Depp yang ditonton zaman sekolah dahulu.
Translate
Tuesday, April 18, 2017
Gunting
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment