Dalam fikiran ayah, permainan ini mungkin sudah tidak wujud. Tiba-tiba pada hari semalam, along dan angah main permainan ini.
Mereka duduk di kerusi di luar rumah. Pada tangan masing-masing ada kemuncup ( ayah memanggilnya 'temucut'). Mereka memulakan permainan itu.
Masing-masing memusing ikut arah berlainan supaya temucut itu melekat antara satu dengan yang lain. Selepas itu, masing-masing menarik temucut. Temucut yang tercabut paling banyak atau putus akan dikira kalah.
Itulah permainan dulu-dulu yang menggunakan apa-apa sahaja yang ada di keliling rumah.
Translate
Saturday, April 15, 2017
Temucut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sajak — Terima Kasih Cikgu
Membenderangi bak bulan menerangi bak matari ajar tutur nur suluh gelap hidup terima kasih Cikgu Selamat Hari Guru. 16 Mei 2026 Kuantan ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment