Sudah agak lama ayah tidak membeli makanan kucing. Jadi, sewaktu ke kedai runcit, ayah teringat dan terus membeli makanan kucing.
Sampai sahaja di rumah, ayah pun mengambil bekas makanan kucing. Belum sempat ayah menuang penuh makanan di dalam bekas, empat ekor kucing berlari mendekati ayah. Kucing-kucing ini bagaikan mempunyai deria keenam. Teringat ayah filem The Secret Life of Pets yang ditonton ayah, emak dan anak-anak. Binatang juga seperti manusia perlu disayangi.
Dalam peribahasa Melayu, terdapat satu peribahasa yang berbunyi bagai kucing main daun. Perihal kehebatan rupa dll seseorang pahlawan itulah maksudnya di dalam kamus. Sememangnya mencuit hati apabila melihat kelincahan kucing bermain dengan daun.
Mahu mengurangkan tekanan? Cubalah bermain dengan kucing. Mahu bermain dengan daun? Silakan.
Translate
Tuesday, October 4, 2016
Daun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tindakan
And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment