Translate

Wednesday, September 14, 2016

Masin

Pagi ini anak-anak masih keletihan,pagi semalam mereka bermain air di kolam yang menghadap pantai Cenang.
     Mereka memanjat gelongsor dan menggelongsor terus ke dalam air. Abang dan Aidiladha tidak mempedulikan sejuk air dan keriangan terpancar di bawah mereka. Ayah merendam adik ke dalam dan kaki digerak-gerakkan.    
      Emak berenang sambil membawa angah ke tempat yang sedikit dalam. Anak-anak yang lain pun sama. Masing-masing menunggu giliran untuk menggelongsor ke dalam air. Kolam air ini setentang dengan calet kayu dan terdapat calet yang menghadap Cenang.
     Ayah membawa adik ke pantai. Ayah duduk di atas pasir dan  menunggu ombak yang bergulung datang menyergah. Adik agak terkejut apabila ombak melanggar dia yang di dalam pelukan ayah. Ayah bergerak dirempuh ombak.
     Kemudian, dia seperti menunggu sahaja  ombak kembali. Dia mengecap bibir. Air memercik ke mukanya. Mungkin dia merasai kemasinan air laut.
     Pacuan empat roda bergerak perlahan membawa jet ski. Kelihatan dari jauh, aktiviti  'parasailing' bermula. Bendera Kedah  dan Malaysia berkibar semakin laju ditiup angin.
    Di pantai Cenang semua bersenang-lenang menikmati keindahan alam.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...