Translate

Sunday, August 7, 2016

Kampung

Balik kampung pun banyak makanan. Sekarang durian tengah gugur. Opah beli durian daripada jiran. Semua memang 'hantu durian'.
     Bertambah selera apabila ada cempedak goreng. Baunya pun sudah mengapung satu rumah. Makan pula cempedak goreng waktu masih panas. Lepas seorang, seorang datang ke dapur.

Seronoknya kampung...

Lapar

Apabila berjalan jauh, anak-anak cukup suka. Walaupun sebelum naik kereta sudah makan, naik kereta terus sebut 'lapar'.Anak-anak cukup suka apabila berhenti di RNR. Perut yang tidak lapar boleh jadi lapar.
   Selalunya dalam kereta meriah sebab ada makanan. Adik pun masa inilah semua benda nak masuk mulut. Biasanya apabila beli, abang akan ambil dua. Satu untuk dia,  satu untuk adik. Begitu juga abang.
  

Saturday, August 6, 2016

Janji

Setiap hari entah beberapa kali diulang perkara yang sama. Perkara yang diulang itu boleh berulang hari demi hari atau minggu demi minggu.  Hal ini bergantung kepada ayah.
    Kalau ayah sanggup berjanji, ayah kena tunaikan segera. Jika tidak, ayah akan mendengarnya tanpa henti.
"Bilakah ayah akan tunaikan janji?"
Kalau ayah berjanji lagi, ayah kena pastikan janji  itu ditunaikan secepat mungkin.
Kata peribahasa, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.

'Mainan'

Ada kata-kata ajaib yang diungkap boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih baik kerana perasaan atau emosi berubah menjadi lebih baik.
    Salah satu perkataan itu ialah permainan. Dalam bahasa percakapan disebut 'mainan'.
      " Nanti kita beli mainan," kata ayah. Serta-merta perasaan yang tidak keruan atau 'buat perangai'  itu hilang. Cuma ayah perlu menyediakan wang secukup 'rasa'.

Friday, August 5, 2016

Kerusi

"Kenapa umi suka beli barang?," tanya angah kepada emak.
"Sebab umi nak bagi anak-anak umi dan ayah gembira," jawab emak.
Along duduk di belakang asyik berbunyi. Apabila ayah bertanya dia tidak menjawab. Ayah pun musykil.  Apabila emak bertanya,barulah ayah tahu bahawa dia mahu duduk di  kerusi hadapan di sebelah emak.
    Bukan budak-budak sahaja berebut kerusi...

Dengar

Percakapan juga boleh mewujudkan ketegangan. Apabila anak-anak ayah bertemu sewaktu balik, masing- masing ghairah mahu bercerita. Abang mahu bercerita, adik pun sama.
      "Adik tak habis lagi cakap!"
       " Abang tak habis lagi cakap!"
Tugas ayah hanyalah mendengar cerita dan cuba mendamaikan keadaan. Fokus utama ayah memandu.
   Kadang-kadang keadaan tegang itu sampai ke rumah. Masing-masing berebut mahu bercerita kepada emak pula. Giliran emak untuk mendengar.
      "Alam memberi kita satu lidah, akan tetapi memberi kita dua telinga, agar kita mendengar dua kali lebih banyak daripada berbicara," kata La Rouchefoucauld.

Thursday, August 4, 2016

'Cucuk-cucuk'

Apabila ke pasar malam, anak-anak memang suka. Rambang mata anak ayah dibuatnya apabila melihat berbagai-bagai jenis makanan.
    'Cucuk-cucuk' anak-anak paling suka. Kalau yang tidak dicucuk dengan lidi, anak ayah menggeleng-gelengkan kepalanya. Itulah 'stimbot'.
      Tiba di tempat 'stimbot'  yang dicucuk dengan lidi (buluh yang diraut halus), anak ayah akan berhenti. Mungkin sebab batang lidi boleh dipegang seperti aiskrim menyebabkan mereka lebih suka 'stimbot' ini. Satu cucuk 60 sen.
      Si abang  memilih sosej, 'stimbot' berbentuk udang, yang berbentuk 'doraemon' dan yang berbentuk 'angry bird'. Adik lebih suka telur puyuh dan di hujung lidi terdapat timun. Timun itu disukai si adik kecil.
     Yang pastinya, apabila tidak habis, itu tugas ayah untuk menghabiskannya.
    

Benar

Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu  pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...