Translate

Tuesday, November 18, 2025

Moga

Semua orang tak tahu apa-apa yang akan datang, termasuklah Ayah. Pelbagai kemungkinan,  mungkin semalam kita gembira, mungkin hari ini kita sedih.
         Suka duka silih berganti, itulah selalu kita dengar selagi bernadi. Lepas tengah malam Umi bawa Wan, sebelum subuh, kami bawa Achik. Pagi Pok De datang ambil Angah dan Adik. Maghrib, Umi muncul. Di sini, semua yang datang berharap pulang membawa senyuman dengan secepat yang mungkin. Mungkin berlaku dan mungkin juga tidak, namun di sinilah ikhtiarnya. Mahu tidak mahu, kita kena hadap, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Berat yang kita rasa mungkin tak sama, masing-masing ada bahagian, ada berat dan ringan yang mesti dipikul dan dijinjing. Apa-apa yang kita akan temui dan sedang menanti, pastinya ada sesuatu untuk kita renungkan.
        Sepertinya tiga hari yang ada untuk kita selagi bernyawa — Semalam, Hari Ini dan Esok, diharapkan tiga perkara ini — Ikhtiar, Doa dan Sabar juga akan sentiasa menemani kita walau apa-apa pun yang datang  dan yang sedang menunggu. Moga Allah SWT memberi kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit buat semua.


2 comments:

Suria Amanda said...
This comment has been removed by the author.
Suria Amanda said...

Semoga dipermudahkan segala urusan...

Moga

Semua orang tak tahu apa-apa yang akan datang, termasuklah Ayah. Pelbagai kemungkinan,  mungkin semalam kita gembira, mungkin hari ini kita ...