Tempoh hari, Ayah beritahu bahawa Ayah tak kenal pun Jamilah. Namun, hari ini pula ada yang muncul dan Ayah sangat kenal akan wajahnya walau empunya diri tak mengenal Ayah.
Ayah sangat kenal akan wajahnya kerana hampir setiap hari melihat wajahnya menghiasi dinding lorong sewaktu hendak ke kelas. Ayah pasti juga Cip Lando lebih mengenalinya. Masih Ayah ingat pada satu malam, hampir lewat malam pintu diketuk. Ayah pun membuka pintu dan lelaki itu menyebut nama Ayah, Ayah mengangguk. Lelaki itu bertanya adakah Ayah kenal akan dia. Ayah mengangguk dan itulah Cip Lando yang waktu itu masih dengan Entiti Bukti. Tapi hari ini
, sahabat yang sering diusiknya di media sosial muncul, maka meriahlah bilik guru sebentar dan juga bumi Hidup Berjasa. Dulu, Bonda Norliza yang kerap bercerita tentangnya. "Masih gemar berseluar putih," katanya.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, begitulah peribahasa Melayu yang selalu kita dengar. Ke mana-mana pun kita, pasti akan ada kenangan yang kita bawa bersama dan singgah di tempat yang mengajar kita erti Hidup Berjasa, itu sesuatu yang tak boleh kita lepaskan.
No comments:
Post a Comment