Semalam Selasa, 15 Julai, sewaktu Ayah hendak ke kereta terserempak dengan pak cik Idin dan pak cik Ja yang sedang Hidup Berjasa.
Hari ini Rabu, 16 Julai, bumi Hidup Berjasa cukup bertuah kerana dikunjungi kembali warga Hidup Berjasa yang pernah melimpahkan jasa sejak bumi Hidup Berjasa mula dibuka. Patah tumbuh hilang berganti, namun yang berganti tetaplah tak sama tetapi saling melengkapi serta meneruskan perjuangan yang telah dimulakan sejak awal. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, begitulah peribahasa Melayu yang amat indah. Peribahasa ini paling sesuai untuk menggambarkan begitu banyak kenangan yang bersimpang-siur meluru keluar dari pintu dan jendela fikiran tatkala melangkah ke tempat yang pernah siang dan malam berkampung. Siang dan malam berkampung tiada jemu untuk membina masa depan negara dengan mendidik anak-anak supaya lebih kental menghadap hidup yang 'keras'.
Hidup Berjasa motto keramat yang terpahat dalam jiwa warganya. Ukhuwah yang terjalin erat, mekarnya tak bermusim. Alhamdulillah, moga terus Hidup Berjasa!
1 comment:
Jasamu amat dihargai
Post a Comment