Translate

Monday, May 5, 2025

Terus Bangkit

Petang Jumaat,  2 Mei, buah mempelam muda yang diingini tidak ditemui di kedai di birai jalan mahu pun di pasar raya.
          Ada yang muda sebenarnya,  Ayah ingatkan mempelam biasa, rupa-rupanya mempelam 'luar biasa', sebiji RM23 — harumanis rupa-rupanya. Maka, Ayah membatalkan niat untuk membeli mempelam tersebut walau tak pernah lagi menikmati jeruk harumanis.  Langkah seterusnya setelah belayar di lautan maya, maka bergeraklah menghala ke Panching  kerana di sana ada mempelam yang dicari-cari. Malam Sabtu, selepas kelas, kerja Along bermula. Hasil kolaboratif Along dengan Achik,  video pembuatan jeruk mempelam dirakam. Pagi Ahad, 4 Mei, selesai proses rakaman, Alhamdulillah. Kemudian, kami pun bergerak ke Sukpa setelah Along bergerak. Semangat yang luar biasa nampaknya membuahkan hasil, kedua-duanya melangkah ke pusingan akhir pada petangnya. Alhamdulillah kejayaan berbuah lagi, kedua-duanya, pasukan hoki lelaki dan perempuan Semsas merangkul juara.
          Buah itu ialah hasilnya. Proses untuk menghasilkan buah pastinya akan ada sejuta cabaran. Cabaran itu satu pengalaman yang amat berharga kerana mengandung segala macam rasa untuk terus bersemangat dan bangkit dalam kehidupan.

No comments:

Menginjak

Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas,  15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi.          Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...