Ilmu itu jadi cahaya,
Menerangi hati yang buta,
Mesti dicari walau di mana...
Tatkala bermain mata diikat dengan kain, pastinya gelap-gelita, tak ada walau setitik cahaya. Fokusnya hanya mendengar dan mencari-cari bunyi bola yang dilantunkan serta bunyi riuh yang cuba mengganggu, ternyata bukanlah perkara yang amat mudah. Apatah lagi yang lahirnya sudah tak ada penglihatan atau yang ditarik nikmat lihat disebabkan tragedi, sangat besar ujian di dunia ini. Sepertinya sedikit petikan lagu 'Di Sini Kami Berkumpul' pula, dengan ilmulah yang dapat menerangi dunia kita meskipun ada yang diuji dengan masalah penglihatan. Jutaan terima kasih kepada Cikgu-cikgu yang memberi ilmu. Hari semalam 26 Mei, Sambutan Hari Guru berlangsung setelah tertangguh, Alhamdulillah. Terima kasih yang datang membawa hadiah - Rai, Faiz, Auni, Qistina, Zara dan Aunee, Bunga dan Nad, Madina dan Keysha, Anwar, Aqil, Mirza, Amir, Sufi, Syed, Shah, semua yang memberi ucapan, semua yang mendoakan, semua yang membuat persembahan, murid tingkatan 4 yang menguruskan majlis, staf, rakan seperjuangan dan semua yang terlibat, terima kasih atas segalanya.
Benarlah kata bijak pandai, "Dengan mengajar kita belajar, dengan belajar kita mengajar." Di mana-mana pun kita berada, setinggi mana pun kita berada, tetaplah mesti kita terus berguru kerana ilmu tak pernah habis. Ilmu yang diamalkan akan menerangi hidup kita, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment