Translate

Sunday, September 29, 2024

Tentukan

Setiap hari, banyak perkara anak-anak boleh dapat. Di rumah, di sekolah dan di mana-mana saja, seharusnya ada sesuatu yang bermakna untuk anak-anak.
         Jumaat lepas, Alhamdulillah, masih belum terlambat, Sambutan Maulidur Rasul berjalan, berarak keliling taman dalam cuaca mendung sambil berselawat, mengingati Rasulullah SAW serta perjuangan baginda. Menikmati jamuan ringan kemudian, diteruskan dengan ceramah di masjid dan seterusnya pulang beraktiviti pula di surau. Sabtu, 28 September, anak-anak dibawa ke Stadium Darul Makmur untuk Pahang Scout Scarf Festival 2024. Tak ada bayangan pun festivalnya macam mana, yang terbayang hanya kesesakan untuk ke sana, Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Macam semut menghurung gula, begitu banyak peserta, begitu banyak juga pesanan dan ingatan sebelum menjalankan aktiviti yang telah direncana. Berwarna-warni dengan skarf, ke sana dan ke mari untuk mendapatkan cap di samping ilmu di setiap stesen, sebelumnya pun telah banyak aktiviti dipos dalam Telegram.  Gembira masing-masing bertukar skarf dengan peserta Malaysia, juga luar negara, maka berkenal-kenal.
         Alhamdulillah, pelajaran, pengalaman dan pedoman  sentiasa ada untuk anak-anak pada setiap masa. Apa-apa yang anak peroleh setiap hari, itulah yang akan membentuk tingkah laku atau sahsiah dan pemikiran anak-anak pada setiap hari, juga masa depan. Kita yang dewasalah menentukannya!


No comments:

Jadi Lebih Baik

Sepanjang hari kita melakukan banyak perkara di samping bertemu dengan yang lain dan mungkin ada waktu tertentu, kita perlukan masa untuk be...