Cuti hujung tahun, musim banjir melanda, juga musim kenduri dan musim kendurian (kenduri durian).
Banyak kerisauan tatkala hujan tak henti-henti, air melimpah di sana di sini dan mentari pun muncul membawa sinar, membawa lega bagi yang mengadakan kenduri, bagi yang mahu makan kenduri. Semalam, Pak Teh memborong durian Raub, di bawa ke rumah Atuk dan Wan. Tak sempat habis mengopek durian, di dalam pinggan sudah habis, penangan anak-anak dan sepupu-sepupu yang selesai riang bermain kerana tiada hujan petang. Hari ini yang cerah, ke kenduri Pak Su dan Mak Su, seterusnya ke rumah Atuk dan Opah menghantar Aidil, Ziyad dan Haras yang sudah seminggu di sini.
Cuti masih berbaki, masih ada yang belum selesai, perlu diselesaikan. Cuti hujung tahun, banyak yang perlu diteliti dan disemak kembali, banyak yang perlu disediakan untuk menghadapi hari esok. Hujung tahun, banyak yang mesti dikenangkan dan difikirkan.
No comments:
Post a Comment