Pabila tidur petang bergaul dengan kopi panas di waktu malam, celik yang ramah pun berumah seperti tak mahu pulang.
Puas memejamkan mata, celik tak mahu pergi dan kita terus mengharapkan kantuk pulang. Mengharapkan esok bangun awal, takut tak kesampaian, mahu tak mahu, tetap juga kena bangun awal. Esok sering menjanjikan sesuatu untuk kita dan kadang-kadang kita suka serta sering mengesokkan hari untuk melakukan sesuatu perkara atau kerja. Besok datang lagi kerja atau perkara lain, yang tak sepatutnya menjadi beban sudah mula dirasakan menjadi beban kerana bertambah banyak dan masa semakin suntuk.
Kita mengharapkan esok yang lebih elok sedangkan kita sendiri langsung tak tahu masih adakah esok untuk kita. Sayangi dan hargai hari ini untuk esok yang tak pasti.
No comments:
Post a Comment