Apakah hebatnya sahabat? Hebatnya sahabat kerana setiap orang memang tak sama tapi saling melengkapi tatkala bersama-sama, itu kata-kata bijak pandai.
Apabila bersua dan bersama, saling mendengar kata dan saling bekerjasama, maka hasilnya cukup menakjubkan. Ada yang beridea dengan kata-kata, ada yang beridea dengan angka, semuanya diakhiri dengan tindakan dan kata sepakat sepertinya peribahasa Melayu, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Menetes basah peluh walau dalam hujan mencurah, menyala-nyala semangat dalam terik panas, hebatnya sahabat.
Indahnya bersahabat itu kerana ukhuwah yang mendasari. Harumnya persahabatan itu kerana saling memahami. Mekarnya persahabatan itu kerana kerjanya bersama-bersama. Hebatnya bersahabat kerana Allah SWT.
No comments:
Post a Comment