Pdpr di rumah bukan saja melibatkan ayah dan umi, juga anak-anak.
Apabila mahu merakam video, cabarannya cukup besar kerana melibatkan muzik latar yang tidak disangka-sangka. Semalam, sewaktu Umi ulang semula video yang telah diambil, bunyi latarnya ialah muzik sebelum lagu Ultraman, tidaklah mengganggu kerana tidak ada suara. Hari ini, sewaktu mengambil video untuk Angah, tiba-tiba ada muzik yang kuat daripada alat permainan Adik. Kemudian, Umi rakam sekali lagi, kali ini bunyi lesung batu menumbuk sambal pula kedengaran. Mulalah teringat cerita Seniman Bujang Lapok, bukan senang jadi pengarah, ditambah pula pelakon lupa dan tak hafal skrip.
Banyak cabaran baharu muncul disebabkan Covid, banyak perkara tak disangka berlaku kerana Covid. Cabaran belajar di rumah, cabaran bekerja dari rumah dan cabaran terpaksa bertukar kerja, semuanya menuntut kesabaran yang melangit.
1 comment:
Memang duduk rumah ni macam-macam bunyi, macam-macam hal
Post a Comment