Sudah beberapa hari Ayah tak dapat merasa rasa kopi 'o' yang sebenar.
Dua atau tiga hari ini menikmati kopi 'o' Buttercup. Ini bukanlah satu pilihan atau satu rancangan. Pada mulanya, Ayah fikir bahawa sudu tak dicuci dengan bersih, maka rasa Buttercup masih melekat. Buttercup disapu pada roti gandum atau roti putih, kemudian ditabur gula pada permukaan roti secukup rata, waktu kecil dulu guna Marjerin. Tadi, Ayah lihat ada kesan Buttercup disaluti gula pada sudu gula. Ada juga ketulan-ketulan kecil Buttercup yang bersalut gula. Nampaknya, ada yang guna sudu gula untuk ambil Buttercup. Petang tadi, barulah kembali menikmati rasa kopi 'o' yang sebenar.
Dalam hidup ini, ada perkara yang tak dirancang berlaku, mungkin kita tak menyukainya dan mungkin kita menyukai. Apa-apa pun, apabila keadaan kembali seperti biasa, kita amat menghargai dan cukup bersyukur kerana tak semua yang hilang akan kembali.
No comments:
Post a Comment