Translate

Sunday, July 19, 2020

Hujung Minggu

Penghujung minggu yang dinanti adik-adik, apatah lagi Along.
    Masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, masih lagi berjaga-jaga  dengan suhu disukat untuk masuk ke mana-mana kedai atau premis. Achik menyambut hari lahir waktu PKP, waktu hanya ketua keluarga boleh keluar rumah, Along menyambut waktu PKPP, waktu semua orang sudah boleh keluar rumah. Petang baru kami keluar, ikut rancangan Umi dan kemudian barulah ke rumah Wan kerana aktiviti 'Ayuh Hancurkan!' menanti bagi yang lelaki.
    Masing-masing gembira, maklumlah,  sudah jarang sangat keluar ke bandar satu keluarga sebab Covid-19 masih ada. Selamat Hari Lahir Along.

1 comment:

Hamidjoejoharidaud said...

Bebudak seronok tak sekolah main game handphone jelah.tapi jangan lupa buat kerja sekolah cikgu bagi online

Sajak — Terima Kasih Cikgu

Membenderangi bak bulan menerangi bak matari  ajar tutur nur suluh gelap hidup terima kasih Cikgu Selamat Hari Guru. 16 Mei 2026 Kuantan ...