Umi cakap 'sedap'. Lepas maghrib baru Ayah makan.
Rojak, ada macam-macam di dalamnya. Kuah kacang dicampurkan dengan mi kuning, kentang, tauhu, cucur udang, sengkuang, timun dan telur rebus. Sudah lama tidak makan. Kalau ke Pulau Pinang, tak makan pasembor seperti ada yang tak kena. Masuk sahaja rojak ke dalam mulut, teringat kedai rojak di bawah pokok getah, kami (opah, atuk, ayah, baba dan pak su Apit) menikmati rojak setiap kali turun dari Bas Union di pekan Lanchang. Teringat saat Anton Ego merasai ratatouille.
Apabila dilambakkan ke dalam pinggan, daripada seorang menjadi empat orang. Ayah membiarkan Along menikmati rasa sedapnya telur rebus kuning apabila kuah kacang menelannya.
No comments:
Post a Comment