Ramadan di penghujung dan akan meninggalkan kita. Raya semakin terasa.
Waktu menjadi kanak-kanak, rayalah yang ditunggu-tunggu. Walaupun begitu, iklan jualan hari raya sebelum puasa pun sudah beribu-ribu. Di pasar raya, awal puasa, sudah berhari raya dengan lagu-lagu raya. Kuih raya, sebelum puasa, sudah tersedia di atas meja untuk dirasa. Siapa-siapa berkenan, boleh pesan. Hanya sediakan duit 'secukup rasa'. Ayah pun waktu bulan puasa, sambil buat kerja suka dengar lagu raya dan lagu Ramadan yang ayah suka, lagu 'Harapan Ramadhan', nyanyian Man Bai dan Raihan.
Raya sentiasa mencipta rasa. Raya sentiasa mencipta warna. Rasa yang pelbagai, warna yang pelbagai. Namun begitu, jangan dilupa kepada yang tiada, jangan dilupa kepada yang ada. Zakat fitrah? Zakat fitrah pun jangan dilupakan.
1 comment:
Je pravda, že k takovému západu slunce by se taková hliníková terasa opravdu hodila. Ještě vychlazené víno nebo dobré pivko z minipivovaru a člověku by opravdu nic nechybělo. Tak doufám, že jste si ten západ slunce patřičně užili. My se chystáme na dovolenou za 14 dní do Řecka, tak snad se mi taky podaří takový západ vyfotit. :)
Post a Comment