Ayah dengar along dan angah bersembang tentang bas. Sudah berapa kali mereka naik bas?
Berbeza dengan ayah dulu, kami adik-beradik menghitung berapa kali kami menaiki kereta. Atuk hanya ada honda c70 lampu petak. Pengalaman yang berbeza dialami, ayah dahulu duduk di felda, anak-anak ayah duduk di taman perumahan. Kalau bulan puasa, ikut atuk pergi beli air batu, sempat ada pengalaman membeli air batu yang disalut habuk kayu dan dipotong menggunakan gergaji. Sekarang, air batu atau air sejuk ada di dalam rumah sahaja. Petang, ayah dan adik-adik berebut untuk menghantar juadah ke rumah jiran. Sekarang, petang jika tidak di rumah, berebut mahu membeli juadah di bazar Ramadan.
Zaman berubah, banyak perkara yang telah berubah. Diharapkan perangai kita juga berubah menjadi semakin baik, Insya-Allah.
Translate
Saturday, May 18, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dua Lapis
Apabila buka saja sekolah, hari kedua timbul rasa stres Ayah. Kata adik, "Ayah stres, tapi benda tu buat kita belajar!" D...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment