Translate

Wednesday, December 26, 2018

Indah

Banyak perkara baharu akan kita tempuhi dalam kehidupan kerana tidak sengaja,  kerana tanggungjawab, kerana  umur semakin meningkat dan disebabkan perasaan ingin tahu.
        Ada masanya, perkara yang kita lalui itu sememangnya rutin atau kerja kita. Ada masanya, perkara yang kita pernah hadapi, kita berharap tidak akan melaluinya lagi. Achik pula  dengan nada sedih memberitahu umi bahawa abang telah menekan punat pam tandas. Kesukaannya sekarang ini ialah menekan punat pam tandas sejak tidak memakai lampin pakai buang. Itu salah satu perkara baharu  yang menyeronokkannya pada  masa ini.
       Pengalaman baharu akan datang walaupun tidak dipinta. Cubalah dahulu melaluinya sebelum berkata 'tidak', mungkin itu pengalaman yang membuatkan hidup kita lebih indah.

1 comment:

Afzan said...

seronok anak-anak dengan pengalaman baru..bila dah besar ni mak ayah pula yang tersenyum sendirian bila teringat cerita anak nak membesar.Salam pengenalan dari saya..

Terbaik

Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...