Banyak perkara perlu dibuat masuk 40 tahun. Banyak perkara yang mahu kita lakukan selagi bernafas. Azam? Banyak muncul apabila tahun baharu datang. Apabila berazam, sudah pasti ada matlamat yang ingin dicapai. Matlamat ada jangka panjang, ada jangka pendek. Pendek kata, matlamat perlu ada dalam hidup kita, jika tidak, matlamat dalam masa satu hari pun tidak boleh tercapai. Nak lipat kain tak siap, nak kemas rumah tak buat, nak buat apa-apa pun tak jadi. Sebab itu apabila mahu siapkan kerja, ada kerja yang penting dan segera, ada kerja penting tidak segera, ada kerja tidak penting tetapi perlu segera dan banyak lagi. Sudah ada azam atau matlamat, fokus diperlukan. Malam ini ramai fokus menunggu detik 12.00 tengah malam. Dalam Islam, lepas maghrib, sudah masuk hari baharu. Selamat Tahun Baharu 2019.
Translate
Monday, December 31, 2018
Baharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment