Kali kedua ayah bangun malam ini digerak anak-anak. Kali pertama digerak adik yang menangis dan kali kedua digerak abang-abangnya yang mahu tidur. Achik mahu 'botol'.
Akhirnya abang terlelap di atas sofa. Ayah pun suruh achik ambil selimut, selimutkan abang. Muncul pula lagu jiwang dalam ingatan ayah. Lagu Stings.
Selimutkanku dengan asmara
Lindungiku dari duka dan lara
Walaupun keras dugaan melanda
Takkan kubiar engkau terluka
Lagu-lagu lama memang kaya dengan hiperbola.
No comments:
Post a Comment