Hari ini along dan angah mengikut ayah dan atuk ke Mempaga Segar. Ayah menyuruh along membaca senarai barang yang ditulis ayah supaya atuk boleh mengambil barang yang dipesan opah.
Kemudian, ayah menyuruh along membawa barang-barang ke kaunter timbangan. Along juga menolong ayah memilih kacang panjang. Jadi, along cukup bergembira dengan tugasan baharunya. Angah pula bertanya ayah tentang brokoli yang dicari atuk dan sememangnya tidak ada brokoli kecuali brokoli telah dipotong-potong dan sudah dicampur dengan bunga kubis serta dibungkus.
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan brokoli yang tinggi dikaitkan dengan pengurangan risiko obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Pengambilan brokoli juga menggalakkan pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat serta meningkatkan tenaga (www.hmetro.com.my, 10 April 2017).
Selepas ini, bolehlah along dan angah menolong umi membeli dan memilih barang pula.
Translate
Wednesday, August 30, 2017
Brokoli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment