Umi bawa balik jagung. Sejak kecil, ayah memang suka makan jagung. Kalau singgah RNR, jagung tidak dilupakan.
Ayah pun mengupas jagung dengan menarik-narik kulit jagung yang 'berjanggut'. Angah datang meminta jagung. Ayah cakap jagung kena rebus dahulu.
Ayah mengajak along mengupas jagung. Mula-mula dia setuju, kemudian dia tidak mahu apabila melihat jagung yang berbulu dan 'berjanggut'. "Kotor," katanya. Itu rasanya kali pertama dia tengok ayah mengupas jagung.
Peribahasa yang berkait dengan jagung pula ialah baik berjagung-jagung sementara padi belum masak yang bermaksud sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
Selesai makan jagung, along berlari ke bilik air menggosok gigi kerana jagung terlekat di celah-celah giginya.
Translate
Wednesday, August 23, 2017
Lekat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesan
Sate ialah ejaan sebenarnya. Di sebalik secucuk sate ada banyak makna dan ceritanya. Dulu-dulu, sangat gembira tatkala Atuk bawa ba...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment