Apabila letih bermain, masing-masing pakat duduk depan televisyen. Mula-mula seorang sahaja yang makan mi sup.
Kemudian, seorang demi seorang meminta mi sup. Makan sama-sama cukup menyeronokkan apatah lagi sambil menonton kartun. Mi kuning ditarik satu-persatu masuk ke mulut. Jari menggantikan garfu. Sup dihirup.
Tiba giliran abang meminta. Mi sudah habis. Syukur masih ada bihun. Kena tunggu dicelur terlebih dahulu. Lambat sedikit tak apa, janji bihun ada. Jika tidak, ayahlah kena ke kedai.
Ayah pula bertambah suka kalau bihun sup dicampur lobak masin. Nak beli dan makan lobak masin sekarang ini pun kena berfikir banyak kali.
Translate
Thursday, May 4, 2017
Mi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik
Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment