Ayah berkira-kira mahu membeli selipar baharu setelah melihat kedai di sebelah hotel tetapi ayah tidak membeli pun.
Akhirnya, selipar ayah hilang. Ayah dan atuk singgah di pasar ( rupanya seperti pasar) yang berhampiran dengan masjid Nabawi.
Apabila sampai di Masjid Nabawi di lain masa, ayah ternampak orang mencari-cari selipar dan ayah berkata-kata dalam hati bahawa tujuan ke masjid bukan untuk mencari selipar yang hilang.
Selesai solat, selipar ayah diletakkan di dalam kotak yang disediakan hilang. Ayah pula yang tercari-cari selipar hilang. Ayah kembali teringat kata-kata ayah.
Pesan ustaz, fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik sahaja.Ya Allah, temukanlah selipar bagi orang yang mencari selipar. Itu doa ayah selepas peristiwa itu.
Kali ini, ayah membeli selipar di kedai sebelah hotel.
Translate
Friday, December 30, 2016
Cerita Ayah - Kisah ziarah umrah 20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntut
Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu. Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment